Latar Belakang


Saya Rosilawati Binti Mahamad Jusob, Agen Hartanah dari ESP Esprit Agent Sdn Bhd yang berpusat di Sungai Petani Kedah.

Saya menceburi bidang hartanah sejak tahun 2020. Fokus saya dalam industri hartanah yang melibatkan aktiviti jual beli rumah kediaman, bangunan komersial dan tanah, sewaan dan pembiayaan semula.

Latar Belakang

Saya berasal dari Sungai Petani Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Lepar Hilir 2, Gambang Pahang. Di peringkat menengah, mendapat pendidikan di beberapa buah sekolah di sekitar Sungai Petani. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur (Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial) dan Universiti Utara Malaysia (Master In Science - Banking).

Pengalaman Kerja

 

 

 

Bermula Kerjaya Ejen Hartanah

Menceburi bidang hartanah sebagai seorang agen secara tidak sengaja dan jatuh cinta dalam bidang ini kerana bidang ini hampir berkaitan dengan kerjaya sebelum ini dalam bidang perbankan.

Team Manager

Tahun pertama bersama ESP Esprit Estate Agent Sdn Bhd, saya diberi kepercayaan untuk menguruskan satu pasukan kecil agen hartanah bersama Team NEO. Pasukan kecil saya dinamakan NEO Titans (NET).

Selain menguruskan Team Hartanah, saya juga aktif menjadi tenaga pengajar dan sering membuat perkongsian berkenaan ilmu hartanah kepada agen - agen hartanah di ESP Esprit Estate Agent.

Agen Hartanah

Walaupun aktif dalam aktviti menguruskan team hartanah, saya juga masih aktif menjalankan aktiviti hartanah yang lain seperti jualan subsales, jualan projek perumahan yang baru, sewaan dan pembiayaan semula perumahan.